Sunday, August 5, 2012

Video

video : http://www.youtube.com/watch?v=nQY4dIxY1H4


Analisasi dan Refleksi Video Clip Pilihan
Tajuk : What Are Words (Penyanyi : Chris Medina)

Video ini adalah sebuah lagu. Penyanyi tersebut mencipta lagu untuk teman wanitanya, Juliana Ramos. Pada 2 Oktober 2009, teman wanitanya mengalami kemalangan jalan raya yang sangat serius ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Ini telah mengakibatkan otak trauma dan peluang untuk hidup agak nipis. Nasib baik, dia menyedarkan diri daripada trauma tetapi ingatan menjadi kubur dan perangai berubah menjadi seperti kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Menerusi lagu tersebut, dia meluahkan perasaan dia kepada teman wanitanya selepas teman wanitanya menimpa kemalangan jalan raya.

Analisis watak-watak dan emosi yang terlibat. Lagu lirik dalam video tersebut telah membuat saya berasa sangat terharu. Apa yang ingin disampaikan oleh penyanyi ialah dia tidak akan meninggalkan teman wanitanya dan akan sering berada di sisinya apabila teman wanita memerlukannya. Dia akan menepati setiap janji yang telah dijanjikan kepada teman wanitanya. Boleh dilihatkan bahawa penyanyi tersebut betapa sedih kerana dia menyanyi sehingga nyangis dan telah menunjukkan dia sangat mencintai temannya. Dia tengok balik gambar dengan temannya dan mengimbas kembali tentang masa lalu ketika mereka bersama. Walaupun sekarang teman wanitanya seorang OKU, tetapi dia sanggup menjaga dia dan tidak kisah akan wajahnya yang tidak secantik seperti dahulu. Ini telah membuktikan bahawa inilah cinta sejati.

Jika saya adalah watak penyanyi, saya juga akan membuat perkara yang sama. Hal ini demikian kerana ini adalah tanggungjawab terhadap teman wanita saya. Saya haruslah menjaga dia walaupun apa-apa telah berlaku kepada dia. Apa yang saya telah janji, saya akan menepati. Perkara itu berlaku bukan keinginan dia, juga. Dia juga berasa sedih kepada apa yang terjadi kepadanya. Jikalau saya masih meninggalkan dia, ini telah menunjukkan betapa kejam hati saya. Selain itu, mencintai seseorang bukan disebabkan oleh wajah malahan adalah disebabkan oleh hatinya. Jika saya adalah watak teman wanita penyanyi tersebut, saya akan berasa bersyukur kerana menemui lelaki yang begitu baik. Walaupun Tuhun melayan saya tidak baik seperti orang lain, tetapi sudah cukup baik bagi saya kerana saya telah menemui seorang lelaki yang benar-benar mencintai saya dan tidak akan meninggalkan saya walaupun sekarang saya seorang OKU. Saya juga akan berasa bersalah kerana telah menyusahkan teman lelaki saya yang perlu menjaga saya seumur. Saya akan mencuba sedaya upaya menjadi lebih berdikari supaya tidak memerlukan menyusahkan dia lagi.

Rumusan dari perspektif kompetensi EQ personal dan sosail. Saya berasa terharu atas perbuatan penyanyi kerana dia seorang yang setia kepada teman wanitanya. Dalam masyarakat ini, susah menemui orang yang setia kepada pasangan sendiri. Selain itu, dia jugalah seorang yang menepati janji dan bertanggungjawab. Saya berasa kagum kepada dia. Saya haruslah membelajari daripada sikap dia. Pengajaran yang saya dapati dari video ini ialah kita haruslah menghargai orang yang berada di sekeliling kita kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada keesokan hari. Selain itu, cinta sejati tidak akan berubah mengikuti masa seperti apa yang berlaku pada lelaki tersebut.

Refleksi 3


          
Kami kelas 3F telah diagihkan untuk memasuki Permainan Traditional. Pada mulanya kebanyakan orang dari kelas kami memilih bola baling tetapi tidak dipilih. Pada perjumpaan hari pertama, pensyarah kami telah memberitahu tentang kerja kursus iaitu mencari dua permainan traditional dan juga sejarah, peraturan, dan cara bermain permainan traditional tersebut yang kami pilih. Kerja khusus ini adalah dalam tiga orang satu kumpulan . Selepas kami selesai membuat kumpulan sendiri, pensyarah memangil kami menulis dua permainan traditional dalam kertas yang diagihkan. Permaninan Traditional adalah salah satu budaya di Malaysia tetapi disebabkan pada masa kecil kebanyakkan daripada kami tinggal di bandar, kami tidak mempnyai peluang yang banyak bermain permainan traditional berbanding dengan orang yang tinggal di kampong. Apa yang kami tahu cuma seperti gasing, congkak, catur yang kami biasa dengar.


Pada permulaanya, kami bercadang untuk bermain congkak dan catur, tetapi nasib tidak baik, telah diambil oleh kumpulan yang lain. Kami tidak boleh memilih permainan traditional yang sama dengan kumpulan yang lain. Apabila kertas tersebut pas ke kumpulan kami, permainan traditional yang kita tahu telah dipilih oleh orang lain. Oleh itu, kumpulan kami tidak memberi tajuk permainan pada hari tersebut. Selepas mencari maklumat dari internet, kami mendapati bahawa terdapat banyak permainan traditional yang kami pernah main pada masa kecil, tetapi cuma terdapat perbezaan dalam peraturan sahaja. Ahkirnya, kumpulan kami memilih pukul lalat dan ketingting sebagai permainan traditional dalam kumpulan kami. Selepas mencari maklumat yang berkaitan dari internet dan menanya cara bermain dari kawan melayu barulah kami bermula membuat kerja kursus.

Saya berasa sangat bermakna kerana boleh membelajari dengan lebih lanjut tentang permainan traditional terutamanya dari segi cara bermian. Selain itu, saya juga harap permainan traditional boleh diwaris secara turun-temurun supaya pada masa depan anak-anak dan cucu-cucu kami mempunyai peluang bermain permain traditional.

Monday, July 2, 2012

Refleksi 2



Pada hari Jumaat yang lalu, pensyarah Matematik mengajar kami tentang transformasi – Translasi, pantulan, putaran dan pembesaram. Tajuk ini sudah kami pelajari semasa kami berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Semasa pensyarah sedang mengajar, kebanyakkan orang sedang membuat kerja sendiri ataupun bersembang dengan kawan-kawan kerana mereka anggap tajuk tersebut telah mereka belajar masa dulu. Oleh itu tidak memberi perhatian semasa pensyarah menerangkan tetapi selepas latihan telah diberikan oleh pensyarah, nampaknya kebanyakkan orang telah lupa tentang cara dan format membuat latihan tersebut. Beritu jugalah saya. Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang kita dapati semasa sekolah menengah semakin menjadi kabur  Saya berasa resah kerana benda yang telah saya belajar dahulu telah saya lupakan. Saya benci akan perasaan tersebut.  Namun, setelah saya mencari maklumat dari internet dan berbincang dengan kawan-kawan, barulah saya mengumbas balik sedikit tentang apa yang saya belajari dahulu.
Sebenarnya, apa yang kita telah belajari akan kita lupakan pada suatu hari nanti. Ini memberi pengajaran kepada saya bahawa jika menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan kita, kita boleh meminta bantuan daripada orang lain. Terutama rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan memberi bantuan kepada kami. Jikalau kita berasa malu untuk bertanya, kita akan mengalami kerugian. Masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan seumurnya. Sekiranya kami bertanya kepada ilmuan seperti pensyarah, guru-guru atau orang pakar, pastilah dapat menyelesaikan masalah kita. Selain itu, kita harus sentiasa membaca buku atau membaca surat khabar untuk menambah ilmu pengetahuan kita. Dengannya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, kita boleh berbakti untuk Negara kita dan memperkembangan kepada sebuah Negara yang maju..


Wednesday, June 20, 2012

Refleksi 1 :Tujuan menubuhkan blog.

          Nama saya Cheong Qin Qian dari PPISMP 3F. Tujuan saya menubuhkan blog ini adalah untuk subjek Kecerdasan Emosi supaya pensyarah boleh berinteraksi dengan kami. Pensyarah mahu kami meluahkan emosi atau perasaan menerusi blog. Sebelum ini, saya tak biasa meluahkan emosi dan perasaan menerusi penulisan. Saya selalu meluahkan kepada rakan yang rapat. Selepas ada blog ini, saya akan cuba menulis perasaan dan pemikiran saya di sini.