Analisasi dan Refleksi Video Clip
Pilihan
Tajuk : What Are Words (Penyanyi : Chris Medina)
Video ini adalah sebuah lagu. Penyanyi tersebut
mencipta lagu untuk teman wanitanya, Juliana Ramos. Pada 2 Oktober 2009, teman
wanitanya mengalami kemalangan jalan raya yang sangat serius ketika dalam
perjalanan balik dari tempat kerja. Ini telah mengakibatkan otak trauma dan
peluang untuk hidup agak nipis. Nasib baik, dia menyedarkan diri daripada
trauma tetapi ingatan menjadi kubur dan perangai berubah menjadi seperti
kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Menerusi lagu tersebut, dia meluahkan
perasaan dia kepada teman wanitanya selepas teman wanitanya menimpa kemalangan
jalan raya.
Analisis watak-watak dan emosi yang terlibat.
Lagu lirik dalam video tersebut telah membuat saya berasa sangat terharu. Apa
yang ingin disampaikan oleh penyanyi ialah dia tidak akan meninggalkan teman
wanitanya dan akan sering berada di sisinya apabila teman wanita memerlukannya.
Dia akan menepati setiap janji yang telah dijanjikan kepada teman wanitanya.
Boleh dilihatkan bahawa penyanyi tersebut betapa sedih kerana dia menyanyi sehingga
nyangis dan telah menunjukkan dia sangat mencintai temannya. Dia tengok balik
gambar dengan temannya dan mengimbas kembali tentang masa lalu ketika mereka
bersama. Walaupun sekarang teman wanitanya seorang OKU, tetapi dia sanggup
menjaga dia dan tidak kisah akan wajahnya yang tidak secantik seperti dahulu.
Ini telah membuktikan bahawa inilah cinta sejati.
Jika saya adalah watak penyanyi, saya juga
akan membuat perkara yang sama. Hal ini demikian kerana ini adalah
tanggungjawab terhadap teman wanita saya. Saya haruslah menjaga dia walaupun
apa-apa telah berlaku kepada dia. Apa yang saya telah janji, saya akan
menepati. Perkara itu berlaku bukan keinginan dia, juga. Dia juga berasa sedih
kepada apa yang terjadi kepadanya. Jikalau saya masih meninggalkan dia, ini
telah menunjukkan betapa kejam hati saya. Selain itu, mencintai seseorang bukan
disebabkan oleh wajah malahan adalah disebabkan oleh hatinya. Jika saya adalah
watak teman wanita penyanyi tersebut, saya akan berasa bersyukur kerana menemui
lelaki yang begitu baik. Walaupun Tuhun melayan saya tidak baik seperti orang
lain, tetapi sudah cukup baik bagi saya kerana saya telah menemui seorang
lelaki yang benar-benar mencintai saya dan tidak akan meninggalkan saya walaupun
sekarang saya seorang OKU. Saya juga akan berasa bersalah kerana telah
menyusahkan teman lelaki saya yang perlu menjaga saya seumur. Saya akan mencuba
sedaya upaya menjadi lebih berdikari supaya tidak memerlukan menyusahkan dia
lagi.
Rumusan dari perspektif kompetensi EQ personal dan sosail. Saya berasa terharu atas perbuatan penyanyi kerana dia seorang
yang setia kepada teman wanitanya. Dalam masyarakat ini, susah menemui orang
yang setia kepada pasangan sendiri. Selain itu, dia jugalah seorang yang
menepati janji dan bertanggungjawab. Saya berasa kagum kepada dia. Saya
haruslah membelajari daripada sikap dia. Pengajaran yang saya dapati dari video
ini ialah kita haruslah menghargai orang yang berada di sekeliling kita kerana
kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada keesokan hari. Selain itu, cinta
sejati tidak akan berubah mengikuti masa seperti apa yang berlaku pada lelaki
tersebut.
No comments:
Post a Comment