Kami kelas 3F telah diagihkan untuk
memasuki Permainan Traditional. Pada mulanya kebanyakan orang dari kelas kami
memilih bola baling tetapi tidak dipilih. Pada perjumpaan hari pertama,
pensyarah kami telah memberitahu tentang kerja kursus iaitu mencari dua
permainan traditional dan juga sejarah, peraturan, dan cara bermain permainan
traditional tersebut yang kami pilih. Kerja khusus ini adalah dalam tiga orang
satu kumpulan . Selepas kami selesai membuat kumpulan sendiri, pensyarah
memangil kami menulis dua permainan traditional dalam kertas yang diagihkan.
Permaninan Traditional adalah salah satu budaya di Malaysia tetapi disebabkan
pada masa kecil kebanyakkan daripada kami tinggal di bandar, kami tidak
mempnyai peluang yang banyak bermain permainan traditional berbanding dengan
orang yang tinggal di kampong. Apa yang kami tahu cuma seperti gasing, congkak,
catur yang kami biasa dengar.
Pada
permulaanya, kami bercadang untuk bermain congkak dan catur, tetapi nasib tidak
baik, telah diambil oleh kumpulan yang lain. Kami tidak boleh memilih permainan
traditional yang sama dengan kumpulan yang lain. Apabila kertas tersebut pas ke
kumpulan kami, permainan traditional yang kita tahu telah dipilih oleh orang
lain. Oleh itu, kumpulan kami tidak memberi tajuk permainan pada hari
tersebut. Selepas mencari maklumat dari internet, kami mendapati bahawa
terdapat banyak permainan traditional yang kami pernah main pada masa kecil,
tetapi cuma terdapat perbezaan dalam peraturan sahaja. Ahkirnya, kumpulan kami
memilih pukul lalat dan ketingting sebagai permainan traditional dalam kumpulan
kami. Selepas mencari maklumat yang berkaitan dari internet dan menanya cara
bermain dari kawan melayu barulah kami bermula membuat kerja kursus.
Saya
berasa sangat bermakna kerana boleh membelajari dengan lebih lanjut tentang
permainan traditional terutamanya dari segi cara bermian. Selain itu, saya juga
harap permainan traditional boleh diwaris secara turun-temurun supaya pada masa
depan anak-anak dan cucu-cucu kami mempunyai peluang bermain permain
traditional.
No comments:
Post a Comment