Monday, July 2, 2012

Refleksi 2



Pada hari Jumaat yang lalu, pensyarah Matematik mengajar kami tentang transformasi – Translasi, pantulan, putaran dan pembesaram. Tajuk ini sudah kami pelajari semasa kami berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Semasa pensyarah sedang mengajar, kebanyakkan orang sedang membuat kerja sendiri ataupun bersembang dengan kawan-kawan kerana mereka anggap tajuk tersebut telah mereka belajar masa dulu. Oleh itu tidak memberi perhatian semasa pensyarah menerangkan tetapi selepas latihan telah diberikan oleh pensyarah, nampaknya kebanyakkan orang telah lupa tentang cara dan format membuat latihan tersebut. Beritu jugalah saya. Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang kita dapati semasa sekolah menengah semakin menjadi kabur  Saya berasa resah kerana benda yang telah saya belajar dahulu telah saya lupakan. Saya benci akan perasaan tersebut.  Namun, setelah saya mencari maklumat dari internet dan berbincang dengan kawan-kawan, barulah saya mengumbas balik sedikit tentang apa yang saya belajari dahulu.
Sebenarnya, apa yang kita telah belajari akan kita lupakan pada suatu hari nanti. Ini memberi pengajaran kepada saya bahawa jika menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan kita, kita boleh meminta bantuan daripada orang lain. Terutama rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan memberi bantuan kepada kami. Jikalau kita berasa malu untuk bertanya, kita akan mengalami kerugian. Masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan seumurnya. Sekiranya kami bertanya kepada ilmuan seperti pensyarah, guru-guru atau orang pakar, pastilah dapat menyelesaikan masalah kita. Selain itu, kita harus sentiasa membaca buku atau membaca surat khabar untuk menambah ilmu pengetahuan kita. Dengannya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, kita boleh berbakti untuk Negara kita dan memperkembangan kepada sebuah Negara yang maju..


No comments:

Post a Comment