Pada PPISMP
semester 3 ini, salah satu kerja khusus dalam subjek Pendidikan Seni Visual
adalah membuat wau. Pada mulanya, pensyarah kami, Puan Wak Chu menjelaskan cara
membuat wau dan memberi banyak contoh yang dibuat oleh senior. Selepas
mempunyai konsep dan idea tentang proses tersebut. Pensyarah memanggil kami
mencari contoh yang lain dari internet dan membuat lakaran dahulu. Corak yang ada pada wau traditional tersebut agak rumit berbanding dengan wau moden. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk membuat lakaran.
Kemudian, pensyarah memberi bertam untuk kami semua membuat bingkai wau. Proses ini agak susah bagi saya kerana perlu memotong dengan pisau kecil. Bertam yang telah dipotong dengan nipis perlu diikat dengan tali supaya bentuknya dapat dijadikan. Bertam agak lembut tak seperti buluh yang lebih keras. Jikalau tarik kuat sikit pastilah bertam akan patah. Oleh itu, kami buat dengan berhati-hati dan teliti. Kita diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan wau tersebut, Haraplah wau saya boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment