Friday, September 14, 2012

Refleksi 10


Semua PPISMP sem 3 dan sem 1 diberi peluang mengambil bahagian dalam salah satu persembahan pada Hari Kemerdekaan iaitu human grafik. Pada 24/9 kami semua menaiki bus yang disediakan oleh IPG pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Kami semua tinggal di asrama UPM selama 9 hari. Hal ini demikian kerana, kami perlu menjalankan latihan dan persembahan di Stadium Bukit Jalil. Oleh itu, lebih baik semua pelajar IPG yang terlibat dalam persembahan pada Hari Kemerdekaan tersebut tinggal di tempat yang sama.

Pada hari pertama, tidak ada sebarang aktiviti. Hanya perlu mengemaskan barang sendiri dan bilik yang kami tinggal. Pada hari kedua, kami diberi papan LED dan tripod stand yang diperlukan untuk membuat persembahan. Kami perlu menggunakan alat kawalan untuk menukar warna yang akan muncul pada papan LED. Setelah semua orang mendapat alatan tersebut, kami diberi skrip yang unik mengikut tempat kedudukan kami di Stadium Bukit Jalil. Setelah semua pelajar mempunyai peralataan yang lengkap, latihan mula dijalankan.

Masa latihan pada setiap hari adalah pada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi dan juga 8.00 hingga 11.00 malam. Makanan dan minuman telah disediakan oleh pihak berkuasa. Walaupun tenat dalam latihan tersebut kerana masa tidur tidak cukup, tetapi kami berasa sangat gembira kerana kami telah membuat sesuatu untuk negara. Pada Hari Kemerdekaan, kami semua mempersembahkan dengan baik sepertimana yang telah kami latih pada masa yang panjang. Kami berasa puas hati kerana tidak bersia-sia kami berlatih selama 7 hari. Akhir sekali, saya berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah kenangan yang baik bagi saya. Di sini, saya ingin berterima kasih kepada IPG kerana memberi peluang yang baik kepada kami untuk  membuat persembahan pada Hari Kemerdekaan.

Refleksi 9

      Hari ini adalah pertama sekali saya tidak terus balik ke asrama selepas kuliah. Saya berada di bilik seni dengan beberapa kawan saya untuk menyiapkan tugasan seni iaitu mengukir arca. Pada minggu yang lepas, kami membancuh "Plaster of Paris" dan tuang ke dalam kotak yang dibuat oleh kami. Selepas satu minggu, cecair tersebut telah menjadi keras dan boleh diukir. Setelah membuka kotak tersebut, saya mengambil keluar arca tersebut dengan berhati hati
      Selepas membuat lakaran yang sesuai dengan tema "kemanusiaan" pada arca, saya mengambil gergaji, sudu dan alat-alat pengukir untuk mengukir. Ini adalah pertama sekali saya membuat arca. Oleh itu, saya berasa sangat risau kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini. Saya mengambil selama lima jam untuk mengukir arca tersebut. Arca yang saya ingin sampaikan ialah kasih sayang. Melalui arca tersebut, boleh dilihat bahawa seorang ibu sedang memeluk anaknya.  Kami berada di bilik seni hingga pukul 9 malam. Sebenarnya, kami semua telah berhenti mengukir pada pukul 7 untuk makan malam dan selepas makan kami bermula membersihkan bilik seni. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menyiapkan arca dalam masa satu hari. Ini memberi pengajaran kepada saya bahawa jika kami bertekad membuat sesuatu, pasti akan berjaya. Tambahan pula, untuk menghasilkan sesuatu yang bagus, kita perlu memberikan fokus ketika menjalankan sesuatu. Selain itu, sikap kesabaran juga amat penting supaya mendapat hasilan yang memuaskan. Melalui Pendidikan Seni Visual saya telah mendapat pengalaman yang baru. Saya berharap dapat mengaplikasikan di sekolah pada masa depan.

Refleksi 8

        Hari ini puan mengulang tajuk yang lepas iaitu tentang IQ, EQ dan SQ. Dalam otak kita, IQ meliputi 10% hingga 12%. Manakala EQ dan SQ meliputi 88% hingga 90%. Orang yang mempunyai IQ yang tinggi dikategorikan sebagai bijak pandai. Orang yang mempunyai EQ dan SQ yang tinggi adalah orang yang berjaya menggunakan fikiran separa sedar.

          Bagi orang yang mempunyai SQ yang rendah mereka akan senang berasa bosan, buntu dan malas. Orang yang mempunyai SQ yang tinggi akan berasa bahagia. Bagi orang yang mempunyai EQ yang tinggi, mereka akan membezakan pemikiran dengan perasaan dan akan menggunakan perasaan untuk membuat keputusan. Di samping itu, orang yang mempunyai IQ yang tinggi mempunyai peluang untuk meraih kesuksesan yang lebih besar.

Refleksi 7

          Hari ini, puan menjelaskan kepada kami secara lebih lanjut tentang IQ, EQ dan SQ. Ia boleh dibahagi kepada SADAR dan SEPARA SADAR. SADAR adalah fikiran seseorang manakala SEPARA SADAR adalah berkaitan dengan perasaan dan spiritual. Spiritual merujuk kepada seseorang yang mempunyai roh. Walaupun seseorang itu telah mati, tetapi roh tersebut tidak akan lenyap.

          Kanak-kanak yang berumur 0 - 7 tahun berada dalam lingkungan umur kritikal kerana pada masa tersebut fikiran mereka masih terhad, Juga boleh dikatakan belum 'filter' atau belum berfungsi dengan baik. Mereka tidak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Selain itu juga tidak dapat menerima atau menolak sesuatu benda. Apabila mereka dewasa barulah fikiran mereka menjadi lebih matang dan dapat membezakan seterusnya membuat pilihan dengan baik.


Refleksi 6

          Hari ini kami menghadiri kelas di perpustakaan. Topik yang puan bincangkan dengan kami pada hari ini ialah 'Spiritual Being dengan Human Being". Tuhan mencipta insan dengan adanya IQ, EQ, dan SQ. IQ ialah fikiran seseorang, EQ ialah perasaan dan SQ ialah roh. EQ dan SQ berada dalam lingkungan SEPARA SADAR. Kita menggunakan IQ, EQ, dan SQ dalam kehidupan kita sama ada dalam komunikasi dan interaksi. 

          Dengan ini, kita tidak boleh fokus hanya pada fizikal tetapi perlu fokus pada emosi dan mental. Oleh itu, kami dianggap sebagai "spiritual being" bukannya "human being". Hal ini demikian kerana "human being" hanya mempunyai badan atau jasad sahaja tidak merangkumi emosi dan lain-lain. Setiap orang mempunyai IQ, EQ dan SQ yang berlainan. Oleh itu, masusia sebagai insan yang sangat unik.   

Sunday, August 5, 2012

Refleksi 5

         Semalam saya pergi ke Mid Valley membeli-belah dengan rakan-rakan. Semasa saya berada di dalam rapid bus, saya bertemu dengan seorang orang kurang upaya (OKU). Pada masa tersebut, kerusi yang khas untuk OKU telah diduduki oleh orang lain(orang biasa). Tetapi ketika mereka menampak seorang OKU berdiri di depan mereka, mereka tidak memberi sebarang reaksi, buat seperti mereka yang sepatutnya berduduk di atas kerusi tersebut. Walaupun Oku tersebut telah berdiri di depan mereka, mereka langsung tak penduli. Dalam keadaan yang terdesak, OKU itu terpaksa menaik tangga dan duduk di belakang. Dia kelihatan susah semasa menaik tangga. Kebetulan, sebelah saya adalah tempat kosong, oleh itu dia duduk di sebelah saya.

Selepas itu, OKU itu datang duduk di sebelah saya, die memberitahu dengan saya bahawa dia berasa sangat geram kerana mereka tidak menghormati OKU. Dalam perjalanan ke Mid Valley, kami bersembang dengan gembira. Selepas dia mengetahui saya belajar di IPG Kampus Bahasa Melayu dan mengambil khusus Pendidikan Khas, dia memberitahu saya bahawa semasa mengajar pelajar pendidikan khas perlu memberi lebih banyak kesabaran kepada mereka. Barulah mereka dapat merasai disayangi dan hidup dengan lebih gembira.

Dalam kejadian ini, saya mendapati bahawa walaupun pendidikan Moral diajar di sekolah, tetapi masih banyak orang tidak mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Pernyataan atas adalah bukti terbaik. Mereka mempunyai sikap pentingkan diri dan tidak mempendulikan orang lain. Yang penting mereka ada tempat duduk. Kita haruslah berasa bersyukur kerana Tuhan melahirkan kami dengan sempurna. Oleh itu, kita haruslah menghulurkan tangan kepada orrang yang memerlukan.


Refleksi 4


      Pada PPISMP semester 3 ini, salah satu kerja khusus dalam subjek Pendidikan Seni Visual adalah membuat wau. Pada mulanya, pensyarah kami, Puan Wak Chu menjelaskan cara membuat wau dan memberi banyak contoh yang dibuat oleh senior. Selepas mempunyai konsep dan idea tentang proses tersebut. Pensyarah memanggil kami mencari contoh yang lain dari internet dan membuat lakaran dahulu. Corak yang ada pada wau traditional tersebut agak rumit berbanding dengan wau moden. Oleh itu, ia mengambil  masa yang panjang untuk membuat lakaran. 

     Kemudian, pensyarah memberi bertam untuk kami semua membuat bingkai wau. Proses ini agak susah bagi saya kerana perlu memotong dengan pisau kecil. Bertam yang telah dipotong dengan nipis perlu diikat dengan tali supaya bentuknya dapat dijadikan. Bertam agak lembut tak seperti buluh yang lebih keras. Jikalau tarik kuat sikit pastilah bertam akan patah. Oleh itu, kami buat dengan berhati-hati dan teliti. Kita diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan wau tersebut, Haraplah wau saya boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan.