Friday, September 14, 2012

Refleksi 9

      Hari ini adalah pertama sekali saya tidak terus balik ke asrama selepas kuliah. Saya berada di bilik seni dengan beberapa kawan saya untuk menyiapkan tugasan seni iaitu mengukir arca. Pada minggu yang lepas, kami membancuh "Plaster of Paris" dan tuang ke dalam kotak yang dibuat oleh kami. Selepas satu minggu, cecair tersebut telah menjadi keras dan boleh diukir. Setelah membuka kotak tersebut, saya mengambil keluar arca tersebut dengan berhati hati
      Selepas membuat lakaran yang sesuai dengan tema "kemanusiaan" pada arca, saya mengambil gergaji, sudu dan alat-alat pengukir untuk mengukir. Ini adalah pertama sekali saya membuat arca. Oleh itu, saya berasa sangat risau kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini. Saya mengambil selama lima jam untuk mengukir arca tersebut. Arca yang saya ingin sampaikan ialah kasih sayang. Melalui arca tersebut, boleh dilihat bahawa seorang ibu sedang memeluk anaknya.  Kami berada di bilik seni hingga pukul 9 malam. Sebenarnya, kami semua telah berhenti mengukir pada pukul 7 untuk makan malam dan selepas makan kami bermula membersihkan bilik seni. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menyiapkan arca dalam masa satu hari. Ini memberi pengajaran kepada saya bahawa jika kami bertekad membuat sesuatu, pasti akan berjaya. Tambahan pula, untuk menghasilkan sesuatu yang bagus, kita perlu memberikan fokus ketika menjalankan sesuatu. Selain itu, sikap kesabaran juga amat penting supaya mendapat hasilan yang memuaskan. Melalui Pendidikan Seni Visual saya telah mendapat pengalaman yang baru. Saya berharap dapat mengaplikasikan di sekolah pada masa depan.

No comments:

Post a Comment