Friday, September 14, 2012

Refleksi 10


Semua PPISMP sem 3 dan sem 1 diberi peluang mengambil bahagian dalam salah satu persembahan pada Hari Kemerdekaan iaitu human grafik. Pada 24/9 kami semua menaiki bus yang disediakan oleh IPG pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Kami semua tinggal di asrama UPM selama 9 hari. Hal ini demikian kerana, kami perlu menjalankan latihan dan persembahan di Stadium Bukit Jalil. Oleh itu, lebih baik semua pelajar IPG yang terlibat dalam persembahan pada Hari Kemerdekaan tersebut tinggal di tempat yang sama.

Pada hari pertama, tidak ada sebarang aktiviti. Hanya perlu mengemaskan barang sendiri dan bilik yang kami tinggal. Pada hari kedua, kami diberi papan LED dan tripod stand yang diperlukan untuk membuat persembahan. Kami perlu menggunakan alat kawalan untuk menukar warna yang akan muncul pada papan LED. Setelah semua orang mendapat alatan tersebut, kami diberi skrip yang unik mengikut tempat kedudukan kami di Stadium Bukit Jalil. Setelah semua pelajar mempunyai peralataan yang lengkap, latihan mula dijalankan.

Masa latihan pada setiap hari adalah pada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi dan juga 8.00 hingga 11.00 malam. Makanan dan minuman telah disediakan oleh pihak berkuasa. Walaupun tenat dalam latihan tersebut kerana masa tidur tidak cukup, tetapi kami berasa sangat gembira kerana kami telah membuat sesuatu untuk negara. Pada Hari Kemerdekaan, kami semua mempersembahkan dengan baik sepertimana yang telah kami latih pada masa yang panjang. Kami berasa puas hati kerana tidak bersia-sia kami berlatih selama 7 hari. Akhir sekali, saya berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah kenangan yang baik bagi saya. Di sini, saya ingin berterima kasih kepada IPG kerana memberi peluang yang baik kepada kami untuk  membuat persembahan pada Hari Kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment